pondering & wondering on MALAYSIAN architectural scene: where do we fit ourself in to ?

26 November 2008

CAD SOFTWARE - ALAT MELUKIS CANGGIH




Pergh! zaman sekarang semakin canggih. Saya mula berkenalan dengan Architectural 3D software ini sejak setahun dulu. Mula-mula kuat juga ego ini tak mahu terima hakikat bahawa “ZAMAN DAH BERUBAH”. Tidak sesekali mahu di CONTROL oleh MACHINE [komputer] kerana KONONnya kita ini berbakat tersendiri dan boleh lukis tanpa bantuan mana-mana COMPUTERISED SKILL. KONONnya "personal touch originality" itu begitu tercabar jika menggunakan mana-mana CAD SOFTWARE terkini di pasaran sekarang.

Tapi! saya kantoi dengan software CAD yang satu ini. Memang ia "is a WONDER". Dia boleh buat SKETCHY STROKE macam yang kita selalu buat sketches menggunakan MARKER PEN, FELT PEN atau PENCIL. Dahlah tu! ia [lukisannya] PERFECT & PRECISE pulak.



PRESENTATION BOARDS ini disiapkan untuk memenuhi kehendak seorang kawan yang mahukan satu rekabentuk rumah yang berharga KOS SEDERHANA tetapi MESTI MEMENUHI KEHENDAK-KEHENDAK CUACA DI TROPIKA. Reka bentuknya MESTILAH mudah [SIMPLE] sahaja, tetapi hendaklah direkabentuk supaya dapat memenuhi keperluan biasa rumah-rumah di kampung2 seperti ia mestilah ada ruang luas untuk lepak-lepak seperti di verandah. Ruang tetamu mestilah luas sedikit dan bersuasana REDUP serta praktikal terutama untuk tingkap-tingkap boleh dibuka untuk ventilasi yang baik sewaktu hari hujan. Sebab itu dinding dibina 1 meter ke dalam sedikit dari hujung bumbung.


TEMA REKABENTUK INI:

AN EXTRA 1 METER EXTENSION TO MAKE IT SUIT TO THE TROPICS.

3 comments:

Adie Waridi said...

bro thanks bg nama software tu..tak sabar nak cuba..nanti leh bg bro tgk hasil kerja saya..eh komenkan...suka architectural

Hadi said...

nice design nie...can we buy the design? how? and how much?

Anonymous said...

wah... i pun nak cuba la...