pondering & wondering on MALAYSIAN architectural scene: where do we fit ourself in to ?

31 July 2008

CONTEMPORARY TROPICAL REGIONALISM STYLE OF ARCHITECTURE [No.2] - Khas Buat Shamsul






Shamsul! Thank you to react fast to my essay.

This is what I stressed in the essay that the Contemporary Tropical Regionalism Style of architecture is WORTH EXPLORING.

Macam saya maksudkan bahawa arkitek kadangkala perlu dengar ‘kehendak-kehendak end-users’ atau Clients. Bukan ikut kehendak Arkitek sendiri penuh dengan EGOnya.

Ada 2 jenis ‘end-users’ [Client]:

1] yang pilih Arkitek kerana dia suka ‘design approach’ arkitek tersebut; dan

2] yang pilih Arkitek yang boleh menasihatkannya tentang kesesuaian bagi mana-mana pemilihan rekabentuk senibina dan perancangan ruang dalaman rumah atau bangunannya: yang lebih menepati kehendak dan cita rasanya.

Beruntung kalau kita dapat Client yang pertama. Bukanlah maksudya: “senanglah kerja aku”, tetapi kita ada sedikit kebebasan untuk memperagakan kreativiti kita. Bergantung kepada kemampuan Client, kita mungkin boleh mengekploitasikan fahaman senibina kita sendiri. Kalau kita suka ‘Deconstuctism” contohnya, inilah peluang kita tampilkan kehebatan ‘ism’ kita itu. Atau, kalau kita sukakan konsep ‘minimalist’ inilah peluangnya juga dan macam-macam lagilah. Yang penting produk akhirnya mestilah practical supaya bangunan yang kita reka itu ‘ism”nya tidak menjadi
‘GAJAH PUTIH’ism, bilamana ia gagal berfungsi sebagaimana ia diperlukan.

Bagi Client yang kedua pula, ada kalanya kita tidak ada pilihan. Kehendak dan citarasa mereka perlu kita fahami. Tanggungjawab seseorang Arkitek dalam konteks ini kadangkala lebih mencabar. Arkitek mungkin perlu menasihatkan Client secara lebih akademik terutama dalam memenuhi kehendak-kehendak keperluan teknikal dan kehendak undang-undang.
Ikut ‘ism’ Client tetapi pastikan produk akhirnya tidak bertentangan dengan kehendak lazim dalam amalan senibina. Namun begitu, ini bukan bermakna rekabentuk senibina yang kita akur mengikut kehendak Client tersebut sesuatu yang tidak ada nilai langsung dalam pendekatan fahaman kita sebagai Arkitek.

Sebagai Arkitek kita lebih arif memberikan nasihat yang terbaik kepada Client kita.

1 comments:

Shamsul said...

Mengulas tentang Client no 2 dan design rumah banglo misalnya, kita dah nasihatkan dari segi keperluan teknikal dan 'building by law'. Dia faham dan setuju dengan 'advise' kita. So kita pun submitlah building plan ke authority untuk dapat approval.

Yang tak syoknya, bila dah approve client nak tukar design dan keperluan pulak.kalau boleh approve tu takpe lagi. yang tak best nya bangunan dah siap tapi sayangnya dah tak ikut 'building by law'. Masa buat lansung tak consult kita atau dengan keras kepalanya dia nak buat jugak walaupun dah dinasihatkan berbuat demikian..

Akhirnya kita sebagai arkitek sering dipersalahkan oleh pihak authority..Apa komen tuan?