pondering & wondering on MALAYSIAN architectural scene: where do we fit ourself in to ?

05 November 2007

DEMI PEMBANGUNAN - mari kita ingat-ingat sikit [muhasabah diri INSYAALLAH]


PETIKAN KHUTBAH JUMAAT BERTARIKH 20 JULAI 2007 UNTUK PEDOMAN SEMUA

Allah S.W.T. menjelaskan didalam surah al-Rum ayat:41

Maksudnya : " Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali ( insaf dan bertaubat ). "

Oleh itu, kita mesti rasional dan menerima kenyataan ini secara terbuka, di samping mengenepikan sikap menuding jari dan tuduh menuduh, bukanlah alasan kita untuk duduk berdiam diri atau berpeluk tubuh sahaja. Berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lalu seharusnya menjadi panduan serta pengajaran berguna dalam mengatur dan merancang sesuatu plan pembangunan. Diantara faktor yang perlu dihalusi ialah :

1. Plan pembangunan yang dirancang hendaklah tidak hanya memikirkan nilai komersial semata-mata, tatapi perlu mengambil kira faktor-faktor keselamatan, pencemaran atau taksiran kerosakan alam sekitar dan ekologi sistem yang mungkin berlaku pada masa yang akan datang.

2. Sentiasa mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa dalam melaksanakan sesuatu plan pembangunan.

3. Sentiasa merujuk kepada pakar-pakar yang dapat memberi khidmat nasihat dalam bidang-bidang berkaitan seperti jurutera-jurutera berpengalaman, pakar Geologis iaitu berkaitan kaji bumi dan batuan, pakar Ekologis iaitu berkaitan kaji hayat dan alam sekitar serta sebagainya.

4. Pemantauan berterusan dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas terhadap sesiapa sahaja atau mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan menyebabkan kerosakan atau terjejasnya alam sekitar.

5. Menghentikan pembangunan yang berisiko tinggi serta membawa kerosakan sekiranya pembangunan tersebut diteruskan.

Di sebalik apa sahaja masaalah alamsekitar yang sering berlaku sawajarnya dijadikan ikhtibar dan mendorong kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. kita hendaklah membuktikan sikap dengan menjadi orang yang bertanggungjawab terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dan segala nikmat yang dikurniakan seharusnya disyukuri agar ia terus terpelihara.

Allah S.W.T juga berfirman dalam Surah Al-A'raf ayat:56

Maksudnya : " Dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan berharap-harap ( supaya makbul ) sesungguhnya rahmat Allah itu dekat pada orang-orang yang sentiasa memperbaiki amalannya " .